RS Ichiban Enterprise 001566630H

RS Ichiban - We're involved in IT Services, IT Equipments, and Management Services to public and other companies

Friday, March 03, 2006

RS Ichiban (001566630H)

RS Ichiban mula ditubuhkan selepas re-structuring A&A Mesra Enterprise Sdn Bhd. Yg mana idea asal dr En Sazli. Akhirnya selepas persetujuan antara ahli-ahli terlibat, Sazli, Rosmadi dan Azman kami sepakat menubuhkan satu syarikat kecil, bagi tujuan "supporting dan marketing" kpd A&A Mesra Enterprise Sdn Bhd.

Oleh yg demikian, Julai 2005, kami sepakat mendaftarkan syarikat kecil ini sebagai syarikat yg berdaftar dgn pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jika diikutkan, RS Ichiban adalah hanya salah satu cabang "Family Business" yg mana semua ahli-ahli di dlm RS Ichiban mempunyai Pertalian Saudara.

Bermula dgn agak perlahan, yg mana kami memfokuskan kpd IT Services, kami dah berjaya mendapatkan "jobs" di Pusat Kesihatan Daerah Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong atau lebih dikenali sbg PKD Petaling. http://www.prostarpetaling.com . Kami membantu pihak PKD menyediakan laman web asal Prostar PKD Petaling bagi tujuan komersil dan komuniti PKD Petaling. Setelah tempoh percubaan tamat, projek tersebut kami "hand-over' semuanya kpd pihak PKD Petaling, dan sehingga sekarang laman web tersebut di kelolakan oleh pegawai pegawai PKD Petaling dan ahli-ahli mereka.

Sebagai memenuhi cabaran untuk terus berjaya, kami sedikit demi sedikit mencari peluang2 bisnes yg ada. Hasilnya, kami berjaya menjual dan mengedarkan peralatan IT dan "Personal Computer" kpd pihak Kooperasi Kredit dan Pelaburan BNM. Alhamdulilah, rekod kami baik di sana. Kami banyak mendapat tempahan untuk pembelian Laptop dan Desktop.

Hingga hari ini, kami masih lagi berusaha untuk teruskan perjuangan kami. Kami sekaranag masih dlm proses untuk melobi mendapatkan tawaran melakukan kerja-kerja Sub-Con. Sebagai permulaan, kami war-war kan laman web terbaru kami. http://www.rsichiban.com . Walaupun kami masih belum mencecah 1 tahun, kami akan bersaing dgn pesaing lain secara professional.

Salam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home